Tahukah anda? Jurunilai / Valuer

Tahukah anda?

Siapa itu Jurunilai (Valuer)?

Beliau adalah orang yg ke 4 terpenting dalam urusan jual beli sesuatu hartanah selain Banker, Lawyer dan Agent Hartanah (yg selalu anda nak elak untuk deal)..

Apa tugas nya?
Beliau adalah orang yg bertanggungjawab dalam memberikan harga nilai pasaran (market value) untuk sesuatu hartanah itu..
Selalunya anda akan ke bank kan untuk tanye banker berapa nilai pasaran rumah..sebenarnya beliau ni lah orang di belakang banker...
Jadi sebelum membeli rumah, anda harus menyemak dulu nilai pasaran untuk rumah yg nak dibeli tu..

Detail apa yg jurunilai perlukan?
1) Alamat penuh rumah yg nak dibeli.
2) Saiz rumah (cth:- 20x70, 850 kaki persegi)
3) Sebarang ubahsuai rumah (cth:- renovation, extension)

Kenapa perlu semak nilai pasaran terlebih dahulu?
Untuk mengetahui bahawa rumah yg nak dibeli itu harga nya tinggi dari pasaran ke atau mengikut pasaran ke atau dibawah harga pasaran..
Harga rumah yg anda perlu elak ialah harga yg melebihi nilai pasaran..melainkan poket anda begitu tebal..

Maklumat perihal rumah yg nak dibeli tu mestilah betul ketika nak rujuk nilai pasaran tu tak kisah lah sama ada anda rujuk dengan banker ataupun direct dengan jurunilai..tak payah nak tipu tipu untuk mengelakkan masalah di masa hadapan..info salah, loan anda bakal masalah..

Sekian dari pakcik...

BIJAK BERNIAGA, CERAH MASA HADAPAN...

Zimir Hartanah
January 2016

Comments