Deposit? Alaaaaaaaaa..........

Deposit? Alaaaaaaa......

(Kisah dalam konteks hartanah)

Dalam pembelian hartanah, seringkali kita dihimpit perasaan atau kalau boleh nak elak situasi daripada nak bayar deposit tu..betul tak?

Pakcik nak inform kat anda sedikit rahsia berkenaan deposit ni..deposit ni memang lah tak wajib pun.. Cuma jika anda boleh sediakan deposit (tak kisah 10% ke 5% ke atau berapa pun amount nye), kan lebih banyak kebaikan nya..ni antara kebaikan yang pakcik nak expose kat anda semua..

1) bila ada je deposit, loan amount akan jadi sikit, installment bulanan akan jadi rendah, maka ROI anda akan lebih positif dan keuntungan lebih maksima secara tidak sengaja.
2) anda tak perlu bersusah payah untuk mencari valuer atau banker untuk adjust loan (mark-up) yang lebih tinggi.
3) bila installment rendah, secara tidak sengaja anda boleh mendominasi market rental (nak bagi kadar sewa yang tinggi boleh, nak bagi sewa rendah pun boleh). Ini disebabkan installment anda lebih rendah berbanding yang buat 100% loan.
4) mungkin anda boleh pujuk owner untuk kurangkan harga sebanyak yang boleh. Tapi, terfikirkah anda yang kadang kadang ada owner yang betul betul perlukan duit hasil dari penjualan rumah tersebut. Jika anda ada deposit, mungkin anda perlu minta kurangkan harga secara berpada.

Tapi mana ada duit sampai amount yang macam tu? Deposit selalu nya kena bayar banyak...
Ubah cara hidup, mula menabung, simpan duit, cari ilmu, cuba berjimat cermat..

Kurangkan update dalam intipati ber"lifestyle"..smartphone, fashion, JJCM..tahun 2016 adalah tahun yang tak sesuai untuk perkara ber"lifestyle" ni..melainkan tabung anda dah melimpah ruah..

Mungkin bila installment kita dah rendah, kita mampu untuk tolong orang dengan cara bagi rental secara minimum..barulah dikatakan pelabur mukmin..kaya di dunia dan kaya di akhirat...
Walau macam mana pun, pilihan tetap di tangan anda..

SAVING ITU PENTING..
BUYING POWER ANDA DAH ADA..

Comments