Kenapa anda perlu beli rumah di BANDAR SUNWAY?

Kenapa anda perlu beli rumah di BANDAR SUNWAY?

Selain dengan kepelbagaian kemudahan yang sedia ada di sekitar Bandar Sunway. Ada satu kemudahan terbaru yang telah dibina di sini sehingga menghubungkan Bandar Sunway dan USJ 7 hanya dalam beberapa minit sahaja.

Kemudahan yang telah sedia ada selama ini adalah seperti:- Lot-lot komercial yang mengandungi pelbagai aktiviti perniagaan (Restoran, Dobi, Runcit, Kedai Sebaguna, Kedai 24Jam, Hardware, Bengkel dan lain-lain)- Tempat hiburan atau rekreasi (Sunway Piramid, Sunway Lagoon)- Masjid, Surau (tempat beribadah)- Sekolah, Kolej, Universiti (tempat pengajian)

Kemudahan apa yang baru tu?Kemudahan itu adalah transit pengangkutan yang menghubungkan Bandar Sunway dan USJ 7.Kemudahan itu adalah BRT (Bus Rapid Transit) – Laluan Sunway. Ianya merupakan salah satu alternatif dalam sistem pengangkutan selain sistem jalanraya yang mantap di sekitar Bandar Sunway. Antaranya sistem jalanraya yang sedia ada sekarang adalah melalui Highway NPE, Highway Federal, Highway LDP dan Highway KESAS.

Apa itu BRT? 
Ianya adalah laluan bertingkat khas untuk Bas sahaja. Dan merupakan kemudahan transit Bas yang pertama di Asia Tenggara. Telah beroperasi sejak Jun 2015. Macam LRT tapi laluan ni hanya Bas sahaja. Ada 7 stesen disediakan. Dalam laluan BRT ni, ia dapat menghubungkan antara tempat-tempat tumpuan seperti Sunway Piramid, Sunway Lagoon, Pusat Perubatan Sunway, Monash Universiti, Segi Kolej Subang Jaya, The Summit USJ dan Mydin USJ.

Pesanan kepada pelabur-pelabur hartanah atau bakal pelabur, pakcik sarankan yang Bandar Sunway antara tempat yang boleh diberi perhatian untuk menjana pendapatan anda.

Antara kawasan-kawasan yang mungkin meningkat dari segi nilai harga dan permintaan sewaan adalah seperti:* Apartment Mentari Court* Pangsapuri Damai PJS 8* Pangsapuri Makmur* Apartment Sri Subang* Apartment Kayangan* Kondominium Sunway Suriamas* Kondominium Ridzuan* Apartment Subang Villa Ehsan* Kondominium Subang Villa Aman

Ini sahaja info yang mampu pakcik kongsikan untuk hari ini..

Selamat mencari hartanah pelaburan anda..

REZEKI HARUS DIUSULKAN DENGAN USAHA DAHULU..KALAU TAK USAHA REZEKI APA YANG ALLAH NAK BAGI..

Zimir Hartanah

Comments