Pengalaman..

Pengalaman..

Kepada yang bakal sign Perjanjian Jual Beli (SnP)...

Perkara yang anda perlu buat adalah WAJIB baca dahulu isi kandungan draf SnP..kalau boleh fahamkan sekali..

Kalau anda tak faham jugak..pastikan semasa sesi sign SnP anda perlu tanya peguam (lawyer) yang in charge tu..tanya setiap perenggan dalam SnP tu..dan peguam harus menerangkan satu persatu setiap yang ada di dalam SnP..

Tak kisah sesi menandatangani tu dibuat di mana..kedai makan atau kat office peguam..yang penting anda sign tu bersama sama peguam yang in charge kes anda..

Pakcik seru supaya anda lebih peka bab bab perjanjian dan agreement ni..supaya anda boleh siap sedia untuk sebarang masalah yang bakal timbul di masa hadapan..

Jangan sesekali sign SnP dengan selain dari peguam..anda harus kenal siapa lawyer anda..sebab anda bayar yuran guaman..sebab lain adalah supaya anda kenal produk (rumah) apa yang anda beli dan bukan tahu sekadar lahiriah rupa rumah tu sahaja..

Anda WAJIB rajin membaca segala kandungan SnP...fahamkan...baru anda tak tersontot nanti...

Terbebel pulak pakcik pagi ni...

RAJIN DAN USAHA..
ALLAH SUKA...

Comments